Terima Kasih kerana Nombor Ekor?


Nak berkongsi sesuatu. Semalam saya dapat satu attachment bersama-sama email daripada seseorang yang tidak dikenali. Pada mulanya saya menyangkakan email ini datangnya daripada teman-teman lama kerana awalannya amat menarik (seperti diatas), dengan ucapan terima kasih. Akan tetapi apabila saya meneruskan bacaan, saya mendapati sesuatu yang di luar dugaan. Sila ikuti kandungan email tersebut. (Oleh kerana attachment tersebut dalam format JPG, saya tuliskan semula kandungannya)


“Nama saya Rianna, saya merupakan seorang isteri yang sudah beranak dua, 2 tahun lalu suami saya telah meninggal dunia dan tinggal kita 2 orang sahaja. Daripada itu, saya terpaksa memikul tanggungjawab atas perbelanjaan keluarga. Saya terpaksa kerja sebagai kerani pada waktu siang dan bekerja sambilan di restoran pada waktu malam. Hidup saya menderita. Walaupun saya mempunyai 2 orang anak. Kadang-kala, saya terpaksa pinjam duit dengan ahli keluarga saya. Saya sangat sedih. Suatu hari saya dapat risalah daripada tok guru. Daripada risalah tersebut, Saya mendapati ramai orang telah dapat bantuan tok guru supaya dapat mengubah nasib mereka. Saya pun mengambil keputusan untuk mendapat bantuan daripada tok guru. Pada malam tersebut, saya telah memenangi nombor ramalan yang diberi tok guru. Saya berpeluang membayar hutang dan berniaga sendiri. Sekarang saya telah tidak perlu bekerja pada waktu siang dan malam. Saya buka kedai runcit sendiri. Perbelanjaan harian saya juga tidak menjadi masalah bagi saya. Saya berasa syukur kerana dapat bantuan daripada tok guru. Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tok guru yang telah banyak bantu saya. Orang ramai kalau ingin meminta pertolongan dari tok guru bole telefon nombor: xxx-xxxxx, xxx-xxxxx (Wat Noi Patou, Kedah) untuk keterangan lanjut. Semoga anda semua bahagia dan sihat."
Nombor telefon adalah disengajakan untuk tidak didedahkan


Saya amat terkejut dan tertanya-tanya, siapakah TOK GURU yang dimaksudkan oleh ibu ini? Lebih pelik, mengapa TOK GURU bernama Wat Noi Patou(bukan Islam)? Saya kecewa dengan sikap masyarakat kita yang seringkali mengambil jalan keluar daripada bebanan masalah dengan memilih jalan singkat/mudah yang sejelasnya telah meyimpang dari landasan ISLAM. Mungkin di kalangan masyarakat kita kurangnya pendedahan tentang hukum begini menyebabkan ramai yang terjebak dengannya. Saya sebagai sebahagian anggota masyarakat merasakan bahawa tanggungjawab mendidik ummat bukan sekadar terletak pada bahu badan-badan mahupun institusi-institusi tertentu. Cadangan saya, kita sendiri seharusnya turun ke lapangan masyarakat dengan sama-sama mencetak fatwa atau artikel mengenai hukum-hakam asas Islam atau apa sahaja yang bersifat mendidik dan menyebarkannya di kawasan berhampiran kita.


Membeli nombor ekor sudah jelas HARAM dan telah pun difatwakan di peringkat Majlis Fatwa
Kebangsaan. Sila rujuk bawah:

Soalan: Apakah hukumnya membeli tiket nombor ekor atau membeli tiket loteri?
Jawapan: Membeli tiket nombor ekor atau loteri hukumnya haram.
Negara asal : Malaysia
Negeri : Kedah
Badan yang mengisu fatwa :
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah

Penulis/Ulama : Mufti Kerajaan Negeri Kedah


Sumber (INFAD):

3 comments:

SEBAIK-BAIK CAHAYA said...

tanya la mufti apa yang mereka buat dengan kedai judi yang ada kat malaysia ni?tutup sebelah mata je..padahnya bila ikut telunjuk manusia

hamba_tarbiyah said...

salam ziarah dan salam islah..

Johannes Krauser II said...

Tanya kat orang Islam yang membelinya, adakah penting sangat kah harta dunia ini? Allah mampu nak terbalikan segala-galanya dalam sekelip mata.

He is able to do just that to anyone, pada masa yang sama juga mengkayakan sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Harta itu depan mata sahaja, bila dah tiada, baru tercari2 balik jalan sebenar.. bila dah betul2 terlewat, takde guna nya dah.

Kan bagus kalau awal2 berusaha mencari, masa senang itu digunakan sepenuhnya mencari ilmu dan harta, demi nak mencari keredaan Allah? Di masa susah nanti, ilmu itu sangat-sangat berguna.. nak cari rezeki pun mudah..

Post a Comment