In:
share
Jangan Jadi 6 Wanita Ini
Pesanan Rasulullah s.a.w untuk kaum lelaki: “Jangan engkau kahwini wanita yang ada 6 sifat ini. Yang Ananah, yang Mananah, yang Hananah, yang Hadaqah, yang Basaqah dan yang Syadaqah”.
1. Wanita Ananah:
Wanita yang banyak
mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya
tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Wanita Mananah:
Wanita sebegini yang
menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak
berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang
dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau
berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita Hananah:
Menyatakan kasih
sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada
anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami
yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini
tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat
perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita Hadaqah:
Melemparkan pandangan
dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki
barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Selain itu wanita ini suka
ikut nafsunya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.
Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tengok apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu berseri menjadi sugul dan tertekan. Berdosa besar baginya.
5. Wanita Basaqah (ada 2 makna):
Pertama wanita
sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk
suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya
dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga
suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi
pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
Kedua dia marah ketika makan, selalunya dia tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.
6.Wanita Syadaqah:
Banyak
cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja
yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazali
Dicatat oleh Imam Al-Ghazali
Sumber: Realiti Fantasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Best web app development firm in Houston Texas.
Post a Comment