Terima Kasih Kerana Nombor Ekor (episode 2)
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Entri ini adalah sambungan dari kisah nombor ekor yang saya tulis beberapa bulan dulu (tahun lepas)..
Baru-baru ini, saya telah menerima kiriman emel dari seseorang wanita yang memohon agar saya dapat memberikan nombor telefon Tok Guru Noi Patou, Kedah kepadanya dengan tujuan memohon bantuan Tok Guru tersebut. Wanita ini dalam susah dan memerlukan wang.
Katanya, "Tapi saya fikir2, kita terpaksa buat perkara ini sebab tiada siapa akan tolong kita apabila kita mengalami kesusahan. Nak buat pinjaman bank susah. Pinjam kepada saudara terdekat lagi susah.."
Tujuan saya menulis perkara ini adalah sekadar mahu berkongsi dan menyedarkan pembaca akan realiti sebenar masyarakat kita. Ya, antara kita bukan jahil malah sedar dan tahu hukum membeli nombor ekor adalah HARAM. Namun, apabila berada dalam situasi terdesak dan menemui jalan buntu, seseorang itu akan sanggup melakukan apa sahaja walaupun telah diketahui perkara itu adalah terang-terang bercanggah dengan ajaran agama.
Mungkin kalian pernah terdengar bahawa "Matlamat tidak mengbenarkan cara". Biar apa pun masalah yang kita hadapi, sebagai manusia (khalifah Allah), kita WAJIB untuk berusaha mencari jalan penyelesaian yg HALAL dengan bersungguh-sungguh. Kita harus yakin dan sentiasa bersangka baik dengan ketentuan Tuhan kerana Dia tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuan mereka untuk menanggungnya. Walaupun kadang-kala, kita hampir berputus asa, kita tetap harus yakin dan kembali kepada-Nya. Sesungguhnya kunci sebenar sebuah kejayaan itu terletak di tangan Tuhan, bukanlah tok guru itu..Oleh yang demikian, bagi memperoleh kejayaan, perkara utama yang harus dilakukan adalah dengan mencapai kunci itu. Dalam bahasa mudahnya, pastilah kita harus kembali pada pemegang kunci itu..iaitu Allah..jangan putus harap..teruskan berusaha dan berdoa..
Sebenarnya, tanpa kita sedari terdapat banyak pertubuhan Islam yang boleh membantu dengan masalah seperti ini. Antaranya pertubuhan JIM atau Baitul Mal. Berikut adalah alamat web rasmi JIM yang bolah dirujuk: http://www.jim.org.my/v1/
Ingatlah,
Apabila tiba saatnya, kita pasti akan kembali ke sisi Tuhan yang memiliki diri kita. Pada saat itu tidak akan bergunalah sebuah penyesalan walau menangis air mata darah sekali pun. Masih belum terlambat untuk berubah..
0 comments:
Post a Comment