Budi Bahasa Budaya Kita

Hari ini saya terpaksa menaiki bas kerana bimbang ditahan lagi oleh pegawai keselamatan. Saya dah lama tak menaiki bas untuk ke kampus sejak mula membawa kenderaan sendiri. Malah boleh dibilang kekerapan saya menggunakan kenderaan universiti itu semenjak saya tinggal menyewa. Minggu lepas saya disaman gara-gara tidak menampal pelekat kenderaan dan denda maksimum adalah RM50.Saya cuba memberi pelbagai alasan supaya pegawai yang bertugas berlembut hati dan bertindak melepaskan saya. Namun cubaan saya telah gagal. Mungkin pegawai juga itu sudah cam kenderaan saya kerana selama sebulan saya (dengan slumber) bebas keluar dan masuk ke universiti tampa pelekat kereta. Saya fikir panas akan berpanjang rupanya hujan pula di tengah jalan. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga...kan...
Adab dan akhlak Muslim

Sebenarnya itu bukan hasrat sebenar saya menulis entri kali ini. Saya sedikit terkilan dengan sikap mahasiswa kini terutamanya para junior semasa menaiki, semasa duduk dan semasa turun dari bas. Naik bas pun ada adab tau, bukan sekadar makan atau hendak ke tandas saja yang perlu mengamalkan adab dan akhlak. Kalau dulu, senior dan kawan-kawan yang dapat duduk ringan tulang saja menawarkan untuk memegang buku-buku berat yang dibawa oleh mereka yang berdiri. Maklumlah, ketika itu sangat pelajar ramai dan bas pula sedikit. Maka bersesak seperti sardin di dalam tin. Sekarang pula, situasinya amat berbeza. Sudahlah yang tua tidak dihormati, yang muda lagi lah dijeling sepi...hendak menghulur tangan, apatah lagi...
Kalau nanti suatu hari, seseorang yang berdiri di sebelah anda di dalam bas yang penuh sesak sambil membawa bebenan buku teks dan fail...dan tiba-tiba nak dijadikan cerita, bas tersebut berhenti secara mendadak. Oleh kerana mematuhi hukum inersia, maka tercampaklah sebuah dua buku ke atas kepala anda yang sombong tidak mahu menolong...Sudah pasti anda menyesal kerana terlalu berat tulang untuk sekadar menghulur bantuan.
Renung-renungkan...entri ini tidak ditujukan pada sesiapa. Sekadar berkongsi, semoga menjadi pengajaran pada kita. Sharing is caring..kan..

~~kita tolong orang hari ni, esok orang pula akan tolong kita~~

0 comments:

Post a Comment