Seorang sahabat..Seorang Teman..

tatkala si tudung hitam itu ku ekori dari belakang...
jangan menangis duhai hati kecil...








Maha Suci Engkau, segala pujian hanya untuk-Mu
Duhai kekasih hatiku Rabbi,
cukuplah air mata yang dihamburkan ini
cukuplah hati yang keperitan diguris ini

Kau tanamkan ketabahan seorang pejuang dalam diriku
Aku cuba jadi sahabat yang baik, seorang pendengar yang setia
Aku ingin menjadi dahan sokongan sahabatku
Aku ingin jadi tempat bergantungnya

Biarlah mereka membisik ketidakserasian kami
andai langkahnya pantas, pasti akan ku kejar
andai langkahnya lambat-lambat, pasti aku sedia menunggu
Ibaratnya rumput dengan pohon yang merimbun
aku ingin jadi si mentari yang menyinar
Ibaratnya ikan dan hidupan lain yang berenang
aku ingin menjadi air di lautan
Saling memerlukan....


19062007 1821

Saya masukkan puisi ini atas permintaan seorang teman yang mahu membaca karya saya. Oleh kerana tiada karya baru, maka saya sengaja menulis kembali puisi lama ini...

Idea Menghapuskan Penduduk Bumi


Masih lagi mengenai H1N1. Ntah lah, saya sendiri pun kurang pasti kenapa saya begitu tertarik dengan isu ini. Mungkin kerana beberapa bulan lepas, saya telah membeli dan menonton satu siri drama Jepun yang jalan ceritanya hampir sama dengan wabak yang telah melanda dunia sekarang.
Drama Jepun tersebut bertajuk "Bloody Monday". Tidak lama kemudian muncul pulak satu virus yang dinamakan influenza A yang menyerang penduduk bumi..Subhanallah..situasi yang berlaku di dalam drama tersebut mirip..dan hampir serupa dengan apa yang diperkatakan oleh penulis Hishamuddin Rais!!
Idea menghapuskan penduduk Bumi untuk kepentingan pertubuhan2 dan individu2 tertentu bukanlah idea baru...malah telah wujud lama dan sebahagiannya telah diterjemahkan di dalam novel, komik, malah movie dan drama...tapi kebanyakan kita tidak sedar...(atau sengaja buat2 tak sedar..)

Bagi yang berkesempatan dan tidak sibuk dengan tugas harian, saya cadangkan kalian menonton drama ini. SAVE THE EARTH!!

~cerita ni menarik kalau menonton sambil berfikir~

H1N1 lagi: Konspirasi kapitalis buat duit?

Assalamualaikum wbt pembaca budiman,


Saya jarang membeli surat khabar kerana sering membaca berita secara online. Namun artikel yang ingin saya kongsikan di bawah bukanlah daripada akhbar online yang saya langgan tetapi disisipkan ke email peribadi saya oleh seorang sahabat. Ceritanya agak panjang, tetapi saya amat berharap agar kalian dapat bersabar membacanya sehingga habis. Mungkin saja terdapat fakta yang belum pernah kalian ketahui ada di dalam artikel ini...Selamat membaca (",)

_____________

Hishamuddin Rais
Ogos 12, 09
5:29pm


Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.
Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub". Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja. Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.


Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.


Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis. Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini. Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia. Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

"There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group."

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar 'setinggan sifar' yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat. Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar. Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal. Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub.

Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.Tidak masuk akal?


Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal. DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia. DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul. Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom. Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit. Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini. Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger. Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku. Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka. Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal. Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu. Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca. Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, telah diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian. Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung. Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan. Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya. Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

sumber-Malaysiakini...
Terima kasih kak Ngah sebab sudi kongsi artikel ni (",)

~~KESIMPULAN: Kita perlu kembali kepada kesucian amalan syariat ISLAM yang yang lengkap, yang merangkumi segala aspek kehidupan. Islam yang lengkap lahir atas kejatuhan jahiliyyah bukan bangun bersama-sama kejahilan seperti sekarang. Tiada lagi dogma-dogma ideologi sekular yang dicelup dari Barat, yang kemudiannya diamalkan di negara ini. Berkurun dahulu lagi, junjungan mulia Rasulullah SAW telah pun mengajar kita tentang adab dan akhlah dalam menjaga kebersihan supaya penyakit seperti apa yang sedang menular sekarang dapat dielakkan~~

H1N1 - True Story


Just received an email from friend yesterday:

High risk infection to person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman


Beginner stage

Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

Second Stage

Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin... at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin... Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical Stage

Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up .sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin... Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulill ah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya... All the family member unite to support my brother fighting the virus.


Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...


Thanks to Allah.Take care & be careful with H1N1. Virus tu very strong...sape kena...memang suffer nak recover...No vaksin..cuma ada antiviral & our mental warrior to fight them. Very genius virus..Can hide in our body...difficult to detect. Only can detect thru swap which the cost is 1K above. Unable detected in blood as well. When they start action...Can kill the person if the body imune does not strong. For those have baby atau anak2, U & ur family do not go to crowded place, better wear mask when u outside from home. The vaksin will come to Msia in Nov-Dec. So far yg I nampak..hanya lelaki dewasa can fight the virus...woman might be 70% , children most probably will die.


Take care yourself & Your Family


And note from my friend doctor:

Bro...the drug is not 'Tammy Flu'......it' s called 'Tamiflu or oseltamivir'The drug only been given to patient who are admitted to the hospital only.
We have major problem in HUSM where I work, the detection kit has ran out! Hoping to get it sooner...... ..and public need to understand also.....not all patient we do the throat swab......only for the high risk patient..... ...lot of patient angry when we decline the throat swab.

So the high risk group are:

1.Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
2.Individu berusia 65 tahun dan ke atas
3.Kanak-kanak dan remaja (kurang 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
4.Wanita mengandung
5.Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
6.Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
7.Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain


Some interesting info:

Adakah terdapat vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

->Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1). Walau bagaimanapun usaha-usaha penghasilan vaksin ini sedang jalankan. Vaksin sedia ada pada masa ini adalah vaksin influenza bermusim yang TIDAK memberi perlindungan daripada jangkitan influenza A(H1N1).

Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?

->Buat masa ini terdapat dua jenis ubat antiviral iaitu oseltamivir (Tamiflu®) dan zanamivir (Relenza®) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini. Ubat ini hanya diberikan kepada pesakit-pesakit yang dimasukkan ke hospital-hospital tertentu.

Bolehkah antiviral ini mencegah jangkitan influenza A(H1N1) ?
->Tidak. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli ataupun mengambil antiviral ini bagi tujuan untuk mencegah jangkitan. Pengambilan antiviral yang berleluasa boleh mengakibatkan terjadinya resistan terhadap ubat tersebut. Ini akhirnya mengakibatkan ubat tersebut tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan influenza.

Berapa lama virus ini boleh hidup di atas permukaan objek? (seperti buku dan tombol pintu)?

->Kajian menunjukkan virus influenza boleh bertahan pada permukaan objek dan menjangkiti orang antara tempoh 2 hingga ke 8 jam.

Apa yang boleh memusnahkan virus influenza?

->Virus influenza boleh dimusnahkan dengan kepanasan [75-100°C]. Selain itu, bahan kimi pemusnah kuman, termasuk klorin, hirogen peroksida, bahan cuci (sabun), iodophors (antiseptik berasaskan iodin), dan alkohol adalah berkesan terhadap virus influenza, jika digunakan dengan sukatan dan tempoh masa yang betul. Sebagai contoh, bahan pengelap atau jel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Jel ini perlu digosok pada tangan sehingga ia kering.

Apakah permukaan objek yang mudah menjadi punca jangkitan?

->Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh objek yang dijangkiti kuman dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut. Titisan cecair (batuk atau bersin) daripada individu yang dijangkiti tersebar melalui udara. Kuman boleh tersebar bila seseorang menyentuh titisan cecair pernafasan pesakit yang terlekat pada permukaan objek seperti meja, sebagai contoh, dan kemudiannya memegang mata, hidung atau mulut mereka sendiri sebelum membasuh tangan.

~~dari kawan saya punya kawan~~

Risalah Kasih dari Sang Pencinta....

Apakah Salah Andai Saya Sudah Mulai Rasa Bimbang?

Wahai Tuan pemilik luar dan dalam diri ini...
Akulah abdi-Mu yang datang mengadu dengan penuh rasa kekerdilan dan rendah diri
Saat dan ketika ini,
Aku sudah mulai risau akan generasi anak-anakku akan datang...
tentang masa depan mereka nanti
tentang fikirah dan pegangan mereka...

Sudah pasti aku dambakan anak-anak permata hati kami nanti
menjadi anak-anak yang soleh dan solehah
menjadi para mujahid dan mujahidah
menajdi para murabbi dan murabbiyyah
menjadi para mualim dan mualimah

Ye..benar wahai Pemilik diri..
aku belum menikah malah belum punya calon suami pun lagi
akan tetapi aku yakin ibu bapalah yang mencorak anak-anak
maka aku perlu merancang mulai awal...
mulai saat memilih pasangan hidup..
malah mulai sekarang...perhebatkan amalan, perhalusi akhlak

Bagaimana bisa aku yakinkan bonda dan ayahanda
bahawa tindakanku kali ini tidak silap?
bahawa aku bukan sengaja ‘malas’ memulakan perhubungan
kerana aku benci, aku tidak redha...
andai suatu masa puteri tercintaku sendiri akan keluar bersama lelaki yang bukan mahramnya
andai suatu masa sudah pandai pula berlama-lamaan di telefon
sedangkan tiada urusan penting yang perlu diselesaikan...
Begitu juga puteraku yang aku doakan setiap masa menjadi pejuang agamaMu di barisan hadapan...
Aku tidak tegar, aku tidak redha...aku benci...
jikalau suatu hari nanti mereka akan terjerumus ke lembah maksiat yang menggoda
Na’uzubillahi min dzalik... Jauhkanlah ya Allah...jauhkanlah...

Wahai yang Maha memakbulkan doa hamba-hamba yang memohon
Sesungguhnya aku tidak redha semua ini berlaku
peliharalah zuriat keturunanku..
jadikanlah mereka generasi yang menunaikan solat kepada-Mu
generasi yang taat beriman dan bertakwa...amin, ya Rabbal ‘Alamin...


~~moga kebimbangan saya berasas~~

Budi Bahasa Budaya Kita

Hari ini saya terpaksa menaiki bas kerana bimbang ditahan lagi oleh pegawai keselamatan. Saya dah lama tak menaiki bas untuk ke kampus sejak mula membawa kenderaan sendiri. Malah boleh dibilang kekerapan saya menggunakan kenderaan universiti itu semenjak saya tinggal menyewa. Minggu lepas saya disaman gara-gara tidak menampal pelekat kenderaan dan denda maksimum adalah RM50.Saya cuba memberi pelbagai alasan supaya pegawai yang bertugas berlembut hati dan bertindak melepaskan saya. Namun cubaan saya telah gagal. Mungkin pegawai juga itu sudah cam kenderaan saya kerana selama sebulan saya (dengan slumber) bebas keluar dan masuk ke universiti tampa pelekat kereta. Saya fikir panas akan berpanjang rupanya hujan pula di tengah jalan. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga...kan...
Adab dan akhlak Muslim

Sebenarnya itu bukan hasrat sebenar saya menulis entri kali ini. Saya sedikit terkilan dengan sikap mahasiswa kini terutamanya para junior semasa menaiki, semasa duduk dan semasa turun dari bas. Naik bas pun ada adab tau, bukan sekadar makan atau hendak ke tandas saja yang perlu mengamalkan adab dan akhlak. Kalau dulu, senior dan kawan-kawan yang dapat duduk ringan tulang saja menawarkan untuk memegang buku-buku berat yang dibawa oleh mereka yang berdiri. Maklumlah, ketika itu sangat pelajar ramai dan bas pula sedikit. Maka bersesak seperti sardin di dalam tin. Sekarang pula, situasinya amat berbeza. Sudahlah yang tua tidak dihormati, yang muda lagi lah dijeling sepi...hendak menghulur tangan, apatah lagi...
Kalau nanti suatu hari, seseorang yang berdiri di sebelah anda di dalam bas yang penuh sesak sambil membawa bebenan buku teks dan fail...dan tiba-tiba nak dijadikan cerita, bas tersebut berhenti secara mendadak. Oleh kerana mematuhi hukum inersia, maka tercampaklah sebuah dua buku ke atas kepala anda yang sombong tidak mahu menolong...Sudah pasti anda menyesal kerana terlalu berat tulang untuk sekadar menghulur bantuan.
Renung-renungkan...entri ini tidak ditujukan pada sesiapa. Sekadar berkongsi, semoga menjadi pengajaran pada kita. Sharing is caring..kan..

~~kita tolong orang hari ni, esok orang pula akan tolong kita~~

~~Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum~~

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, akhirnya dapat gak create blog baru setelah sekian lama menumpang di blog orang..saya sendiri pun dah jarang post tulisan sejak blog sahabat saya dulu tu dah tak aktif. Ada juga beberapa penulisan yang saya buat, tapi semuanya saya abadikan sama ada di dalam diari peribadi sama ada dalam bentuk lontaran idea, luahan, sajak mahupun puisi. Mungkin saya boleh juga dilabelkan sebagai agak ketinggalan di dalam dunia blogger, namun itu bukanlah alasan untuk tidak bermula...

Saat Suria Melabuhkan Tirai

Saya suka waktu malam. Bagi saya waktu malam adalah saat seorang hamba paling hampir dengan Penciptanya iaitu tatkala dia sujud dan menhidupkan sepertiga malam. Malam juga sunyi dari kesibukan hari siang apabila manusia sibuk mengejar harta dunia yang penuh tipu-daya. Malam itu zulmat yang pekat. Beruntunglah sesiapa yang tahu menggunakan malam sebaiknya..



~mohon tunjuk ajar dari semua~